Apa Ada Dalam Hati....

Thursday, November 09, 2006

Grrrrrrrr....

Har...har..har...

Berjaya juga aku tak mengupdatekan blog ni selama berbulan-bulan....

Cerita terbaru????

Hari ni perut aku buat hal depan client... Tengah bagus punya meeting,...tiba-tiba dia mengeluarkan bunyi "Grrrrrrrrr.." dengan kuatnya sebab tuan dia tak breakfast lagi...

Jaga kau perut!!!!!! Tengahari ni akan ku sumbat kau dengan makanan sepenuh-penuhnya!!!!

Thursday, August 10, 2006

Kawan lama

Semalam aku dijemput ke majlis makan malam yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby. Sambil-sambil berborak di ruang lobi, tiba-tiba aku ternampak seseorang yang aku dah lama tak jumpa.

Nasib baiklah aku ni dah berumur! Kalau tak, mesti aku dah melompat-lompat keseronokan sebab terjumpa kawan lama yang amat rapat dengan aku dulu.

Wednesday, July 19, 2006

Pameran Hantu

Hari Ahad minggu lepas, aku bawa anak-anak aku pergi tengok pameran hantu di Muzium Shah Alam. Panjangnya barisan untuk beli tiket! Macam ular kena palu, bengkang-bengkok sampai lebih kurang 1.5 km panjangnya. Hari pula panas!

Idea jahat aku,.....minta tolong petugas muzium belikan tiket, 6 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Aku:"Nah Bang RM50. Kalau ada lebih, abang ambillah kira upah."

Tak sampai 20 minit, dapatlah aku dan anak-anak masuk tengok pameran tu.

Dalam dewan pameran.

Aku (dalam hati):"Kenapa tak seram? Mungkin sebab aku lebih berhantu dari hantu kot..."

Friday, July 14, 2006

Gigitan Cinta

Teruja dengan tajuk di atas????? Bukan...aku tak terbabit dengan tajuk di atas...

Ha....baca dulu cerita aku ni....

Dulu,...semasa zaman A-Level, aku masih lagi hijau dan mentah. Zaman A-Level aku di Shah Alam di mana kelas dijalankan di Seksyen 2, menumpang tempat Matrikulasi Australia.

Pada waktu makan tengahari, aku dan kawan baik aku, Na, selalunya makan di gerai makanan Seksyen 2. Suatu hari, aku ternampak kakak senior (sekolah menengah) aku makan di gerai berdekatan.

Aku:"Na,...cuba ko tengok kakak senior aku tu! Kesian leher dia, habis kena gigit nyamuk!"

Na:"Laa....tu bukan kena gigit nyamuklah! Itu kena 'love bite'!"

Aku:"Apa 'love bite' tu?"

Na dengan sabarnya menerangkan aku tentang 'love bite'.

Aku:"Apalah diorang ni,....kalau ia nak bercinta pun,...tak payahlah gigit-gigit!"

He..he..he...

Beberapa hari selepas kejadian tu, bekas teman lelaki aku (budak UIA) ajak keluar makan malam. Aku ternampak kesan yang sama di leher mamat tu!!!!!

Aku:"Ha!!! Siapa pula yang buat 'love bite' kat you ni?"

Dia:"Alah,....roommate I yang buat sebab dia nak bagi you jealous.."

Aku (dalam hati):"I'm not stupid!!!!!!"

Hu..hu..hu...

Tuesday, July 04, 2006

Maafkan aku!!!

Maafkan aku! Maafkan aku! Wahai kengkawan...jangan mengamuk...baru hari ni....dapat up date blog! (psst!!! baca ikut lagu Pendekar Bujang Lapok ya!)

Akhirnya tertunai juga janji aku nak buat Cheese cake untuk kawan-kawan yang menanti Cheese cake aku tu....

Nana,....kalau mahu makan Cheese cake,...datang pejabat noooo.....

Apa yang perlu aku ceritakan untuk hari ini ye? Oooooooo.......Inilah cerita aku untuk hari ini....

Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaf!!!!

Orait! Esok sambung lagi yek....

Semut, Buku & Bro Naga,.....jangan jemu dengan blog Shazy ye.....

Friday, June 02, 2006

Salah hantar

Seram!!! Seram!!!

Aku terbuat silap. Petang ni aku sepatutnya ada perjumpaan dengan seorang kenalan majikan. Tapi, disebabkan tak berapa kenal, aku pun 'decide' hantar sms pada bos aku. Nama bos aku bermula dari huruf F. Nama kenalan dia pun bermula dari huruf F. Dalam direktori hp aku, nama bos aku selepas nama kenalan dia.

Sms aku berbunyi:"Petang ni F dari S nak jumpa I. Anything I should know about him?"

Selang beberapa saat selepas sms aku hantar, jawapan sms dari F, kenalan bos aku:"You silap hantar ke?"

Sah!!! Memang aku tersilap hantar sms!! Mana nak letak muka ni???? Rasa macam nak menyorok bawah meja.....

Macam mana aku nak bersemuka dengan dia petang ni?

Thursday, June 01, 2006

X-Men dan cabutan bertuah

Minggu lepas aku sibuk menyiapkan tender. Selepas semua tugas berkaitan tender tu selesai, aku dan rakan-rakan sepejabat mendapat jemputan menonton tayangan perdana X-Men 3 sempena pengenalan produk terbaru DOPOD di GSC One Utama. Seronoknya!!!!

Aku sangat mengalu-alukan semua prinsipal agar selalu-selalulah menjemput kami ke tayangan perdana filem-filem yang menarik.

Selepas tayangan perdana X-Men, diadakan pula cabutan bertuah. Hadiahnya, Dopod StrTrek yang baru dilancarkan itu! Wah!!! Semua jemputan menunggu dengan sabar untuk cabutan bertuah termasuklah aku dan rakan-rakan. Sementara menunggu itu, kami pun berbual-bual kosong. Agaknya sebab terlalu seronok berbual, aku tersiku mamat yang duduk di belakang aku. Tapi aku dah minta maaf.

Sampailah masanya untuk cabutan bertuah....Jeng! Jeng! Jeng! Wah!!!!....berdebar-debar rasanya.... tapi,...hampeh! Pemenangnya, mamat Celcom yang duduk di belakang aku yang aku tersiku tadi.

Aku cakap dengan rakan-rakan ku:"Aku rasa tuah aku dah berpindah ke mamat tu masa aku tersiku dia tadi lah..."

P/s: Sepanjang hidup aku ni, baru 2 kali je aku dapat hadiah cabutan bertuah. Pertama, semasa makan malam anugerah pra-graduan dan kali kedua ketika hari keluarga pejabat aku di hujung Januari yang lalu. Nak kena mandi bunga gamaknya aku ni....